Bajet 2023 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyaksikan peningkatan 13.54 peratus, iaitu sebanyak RM1.4 bilion berbanding tahun 2022 sebanyak RM1.2 bilion.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Daud Bakar berkata, peningkatan itu susulan anggaran pendapatan zakat MAIWP bagi tahun depan meningkat sebanyak 15.7 peratus berbanding tahun 2022, berjumlah RM1.11 bilion.